KELEBIHAN PETA MINDA☺
PETA MINDA |
- Memudahkan proses mengingati fakta. Hal ini demikian kerana hanya ayat pendek ataupun kata kunci digunakan sewaktu membuat peta minda. Kita tidak perlu membebankan otak untuk mengingati dan menghafal ayat yang panjang.
- Menjimatkan masa. Kita boleh menyiapkan peta minda dalam masa yang pendek kerana kita hanya menulis sedikit perkataan sahaja untuk setiap isi penting, asalkan kita dapat memahaminya.
- Nota akan menjadi lebih sistematik. Kita dapat memahami perkaitan antara isi-isi penting bagi sesuatu tajuk. Tambahan pula, kita boleh menggunakan pen yang berwarna-warni ataupun ' highlight ' untuk menekankan isi-isi utama.
- Dapat mengulangkaji dengan cara yang lebih efisien, terutama sebelum menghadapi peperiksaan. Melalui peta minda, pelajar akan memahami keseluruhan bab dengan lebih jelas dengan hanya menggunakan nota yang ditulis di atas sehelai kertas sahaja.
No comments:
Post a Comment