ALAT BERFIKIR

PETA MINDA☺

     Peta minda telah dicipta oleh seorang doktor psikologi bernama Tony Buzan. Beliau turut menghasilkan beberapa buah buku berkaitan dengan peta minda, yang menjadi tumpuan dan rujukan masyarakat pada zaman kini, terutamanya dalam aspek pembelajaran. 

    Peta minda merupakan suatu binaan yang bebas menggunakan bentuk apa sekalipun, di mana tajuk utama diletakkan di tengah. Kemudian, tajuk itu dihubungkan dengan isi-isi penting menggunakan anak panah. 

    Golongan pelajar seperti saya amatlah digalakkan untuk menggunakan peta minda bagi membuat nota. Hal ini demikian kerana peta minda ini amat mudah untuk disiapkan dibandingkan dengan cara biasa membuat nota. Meskipun begitu, peta minda juga mempunyai keburukannya tersendiri. Oleh itu, pelajar boleh membuat pilihan sama ada mereka mahu mengaplikasikan peta minda sewaktu menyiapkan nota ataupun mereka ingin menggunakan cara mereka. 

    

   

No comments:

Post a Comment

LAGU IPG

                                                                      Lagu Institut Pendidikan Guru, yang menjadi kegemaran saya        ...